Assalammualaikum……….

Posted in Uncategorized on Februari 2, 2010 by nurcahayacinta

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktatuh.

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekian alam dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari khiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana taufiq dan inayah-Nya, telah mengizinkan saya menerbitkan Blog ini “Bunga Idaman Mutiara Syurga sebagai WANITA SOLEHAH”ini.

Besar harapan saya semoga blog ini dapat memberikan mafaat dan bimbingan kepada sekelian muslimin dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia dan akhirat serta mendapat keredoan ALLAH S.W.T di akhirat kelak.Insyaallah………

Namun begitu jika di dalam blog ini terdapat kesalahan,kesilapan, maka saya mengharap kritikan dan nasihat dari semua pihak.Yang baik itu datangnya dari ALLAH serta dengan pimpinan dan pertolongan-NYa….Teguran yang membina Amat dialu-alukan.

Sekian Wa billahi taufiq wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh….

Nukilan.

Qasehmawardah..

……………………………………………………………………..

“Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak. Yang miskin jangan dihina, yang kaya jangan disanjung. Yang lemah jangan dipijak, yang berkuasa jangan dijulang. Taburkan budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi”.


………………………………………………………………………………………………….

BUAT MU RATU KU…..

RATUKU……

Inginku luahkan, apa yg sudah lama ingin kuluahkan,

Tentang kebimbanganku ini….

Tak kala melihat bunga2 berguguran

Dipetik  tangan2 yg ganas,

Lagi bernafsu serakah……….

RATUKU……

Kebimbangan ku ini masih menebal,

Apabila Ku dengar deruman kumbang perosak

Yang cuba menyedut madu,

Walaupun tanpa relamu….

RATUKU…..

Kebimbangan ku bertambah lagi,

Bila ku melihat bunga yang tak segan silu……

Melempiaskan kecantikannya,

Ketika sedang mekar,

Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindungimu…

RATUKU…..

aku masih terpingga2 masih wujud kah lagi

ratu idaman hatiku…

Kerna  apa yg aku lihat hari ini,

Semakin banyak bunga2 gugur bagaikan tibanya musim luruh…

RATUKU……

Bukanlah ku harap kau segigih SITI HAWA

Yang berlari2 antara Safa dan Mina

Bukan juga sesetia AiNULMADHIYAH

Menanti kekasih di PINTU SYURGA

RATUKU……

Akuilah hakikat yg tersurat,

Engakau bukan SITI KHADIJAH

Mahupun SITI FATIMAH

Engkau bukan A’ISHAH

Bukan juga RABI’ATUL ADAWIYAH

WANITA SUCI TERPUJI……

Kerna aku tidak layak

Berharap sedemikian rupa,

Cukuplah sekadar Kau cuba mencontohi,

Bunga2 itu Kembang mekar mewangi,

Sehingga harumanya

Melewati PINTU SYURGA

RATUKU…….

Jangan kau Risau ratuku…..

Kadang kala musim berganti

Sehingga bunga x dapat berkembang lagi,

Tapi itu hanya satu ujian buatmu……

RATUKU…

Musim bunga tiba pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi,

Cuma kuharap ketika itu

Kau jaga kelopakmu itu,

Jangan sampai tangan2 kasar mematikanmu lagi…

Jangan goda kumbang2 ganas,

menghisap madumu…

Juga jangan biar gagak2 Hitam itu merosakan serimu,

KERANA KAU RATU IDAMAN KALBU…….

RATUKU….

Aku bukan memandang kecantikanmu…..

Walaupun kadang kala

Aku tertarik memandangnya…

Tp bukan itu yg ku harap…..

Aku yakin ratuku masih ada Sinar harapan

Yang bisa membuatku tersenyum mekar kerana akan ku temui kau

RATU…………..


………………………………………………………………………………………………….