02- Sifat wanita solehah

CIRI2 WANITA SEBAGAI CALON BIDADARI SYURGA

WANITA SOLEHAH

wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,
keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikkan wajahnya,

kemanisan wanita solehah,
tidak terletak kepada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman
para muslimim,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain
lidah,memujuk rayu,
bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang
indah bak permata yang menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan,
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala
aspek,
hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada
akhlaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

wahai wanita,
jangan dibangga dengan kecantikkan
luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,

tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

wahai wanita,
jangan berbangga dengan duniawi yang kau
kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan
darimu,

wahai wanita,
jangan pula berduka cita atas kekurangan
dirimu,
kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,
wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama
salam perjuangan untuk sohabiahku..
wanita solehah,
“wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita
solehah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: